NSFC BAKAL GUNA JURULATIH LUAR NEGARA 2026-2027.

SEREMBAN: Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) bakal guna khidmat ketua jurulatih baharu dari luar negara untuk membimbing pasukan NSFC bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim 2026-2027 dan telah mendapat kelulusan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perkembangan terkini ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus menerusi Facebook beliau. K.Rajan dan Khairul Ismail pula kekal sebagai Penolong Ketua Jurulatih bagi membantu barisan kejurulatihan pasukan itu.

Skuad Liga Super juga hampir lengkap dengan beberapa posisi lagi sedang diatur sebelum memuktamatkan termasuk penyerang dan pertahanan tengah import baharu.

Beliau berkata lagi, kesemua pemain Jepun dijangka kekal bersama pasukan kecuali Mio Tsuneyasu yang sedang mencari peluang untuk beraksi di Eropah.

Pasukan akan menghadapi persiapan pemanas badan Pra-musim pada Julai, dan Piala Serumpun dijangka kembali pada Ogos dengan penyertaan pasukan dari Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *