Popular Posts

Ladang ayam langgar syarat operasi

TAMPIN: Kerajaan negeri memandang serius masalah lalat yang melanda Kampung Ulu Air Kuning Selatan, di sini, yang dikatakan berpunca daripada ladang ternakan ayam.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan mengejut ke ladang berkenaan.

“Penduduk melaporkan lalat menyerang dalam jumlah besar setiap beberapa minggu, berlarutan selama dua ke tiga minggu sebelum reda sebentar dan kembali semula.

“Keadaan ini menjejaskan kebersihan, kesihatan awam serta kualiti hidup masyarakat setempat.

“Penduduk mendakwa punca utama ialah ladang ternakan ayam berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, pemeriksaan mengejut bersama agensi kerajaan mendapati ladang berkenaan melakukan pelanggaran syarat operasi dan dikenakan tiga kompaun.

Veerapan berkata, dia sendiri mengarahkan Ahli Majlis di Majlis Daerah Tampin (MDT) untuk membawa isu ini ke mesyuarat rasmi bagi mencari penyelesaian menyeluruh.

“Jika masalah berlarutan, isu ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk tindakan lebih tegas.

“Kerajaan negeri menekankan bahawa kesihatan awam adalah keutamaan, dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Semua pihak termasuk pengusaha ladang diminta bekerjasama penuh dalam menjaga kebersihan dan kesihatan awam,” katanya.

Foto kredit pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *