Popular Posts

Warga emas hilang di kebun sawit, hanya motosikal ditemui

JEMPOL: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan kebun sawit di Felda Palong 3, di sini, selepas dikatakan masuk ke kebun berkenaan sejak petang semalam.

Komander Operasi Kanan, TPgB II Jefri Jamal berkata, warga emas dikenali Abdullah Alias, 78, itu dipercayai tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarga membuat laporan kehilangannya.

“Warga emas ini keluar rumah pada jam 5 petang dan disedari tidak pulang ke rumah kira-kira sejam kemudian sebelum waris berusaha mencari mangsa hingga jam 7 petang di kawasan kebun.

“Namun hanya menjumpai motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 8.45 pagi ini.

“Pusat gerakan operasi (PGO) turut memohon bantuan tiga anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) ke lokasi kejadian.

“Operasi SAR di kebun seluas 4.04 hektar itu membabitkan bantuan daripada empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Palong, tiga anggota polis selain dibantu lapan orang awam,” katanya.

Gambar kredit pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *