NSFC TUTUP TIRAI LIGA SUPER TEWASKAN KELANTAN TRW FC DI PAROI.

SEREMBAN: Pasukan tuan rumah Negeri Sembilan FC (NSFC) tiada masalah tewaskan pasukan Kelantan The Real Warriors FC malam tadi.

Seawal masa pertama pasukan NSFC mula mengatur serangan sehingga berjaya memperolehi dua jaringan gol menerusi pemainnya Ahmad Khuzaimi Piee seawal minit ke-8 dan disusuli pemain import NSFC, Mio Tsuneyasu.

Walau bagaimanapun pasukan Kelantan TRW FC berjaya menghiasi dengan satu gol pada minit ke-27 daripada penyerangnya, Muhammad Asraf Aliffuddin Yasin dengan sepakan leret tanpa dijangka penjaga gol NSFC, Muhammad Azri Ghani akibat kekeliruan pemain pertahanan NSFC.

Dengan berakhirnya perlawanan malam tadi dengan kemenangan 2-1 NSFC kekal di tangga ketujuh liga dengan mengutip 29 mata melalui enam kemenangan, seri (11) dan kekalahan (7).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *