BN Negeri Sembilan yakin punyai majoriti bentuk kerajaan

SEREMBAN: Barisan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menyambut baik kesediaan ADUN PN untuk bekerjasama sekali gus mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.

Barisan ADUN BN dalam satu kenyataan berkata, UMNO dan BN Negeri Sembilan mengambil maklum mengenai kenyataan media yang dikeluarkan ADUN Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, hari ini.

“Pihak kami menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh ADUN PN berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri pada saat ini.

“Sehubungan dengan itu, UMNO BN Negeri Sembilan ingin menegaskan dua perkara iaitu keterbukaan demi kepentingan negeri dan majoriti ADUN mempertahankan adat,” katanya, hari ini.

Memperincikan perkara, mereka berkata, UMNO BN menyambut baik kesediaan lima ADUN PN untuk bekerjasama demi
menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan.

“Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.

“Kami berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan
sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera,” katanya.

Jelas mereka lagi, UMNO BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif.

“Kami percaya bahawa penyatuan suara majotiti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini,” katanya.

Maka dengan itu katanya, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO BN mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *