BUANG BOTOL ARAK, JEJAS PEMANDANGAN BANDARAYA

SEREMBAN : Isu botol arak bertaburan di kawasan terbuka, terutamanya di kawasan bandar atau taman awam, merupakan masalah sosial yang serius dan menimbulkan gangguan ketenteraman awam.

Salah satu kawasan menjadi port melepaskan dahaga yang menghayalkan ialah sekitar jejantas Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Seremban.

nor

Perbuatan ini sering kali berlaku kerana menjadikan kawasan tersebut sebagai ‘port’ minuman keras secara terbuka, yang membawa kepada pencemaran persekitaran dan ketidakselesaan orang awam.

Pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas melarang, membendung aktiviti minum arak secara terbuka di tempat awam.

Diseru agar memantau kawasan-kawasan panas dan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan awam kekal bersih dan selamat.

nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *