Popular Posts

KISAH RAMADAN: KERETA JADI ‘RUMAH’ LIMA BERANAK TERMASUK BAYI LIMA BULAN

SEREMBAN : Siapa sangka, Ramadan kali ini sebuah kereta menjadi ‘rumah’ kepada lima beranak termasuk seorang bayi berusia lima bulan.

Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), keluarga itu sudah empat malam terpaksa tidur di dalam kereta selepas bapanya hilang pekerjaan dan tidak mampu membayar sewa rumah.

Menurut MAINS, bapa bayi itu sebenarnya seorang yang kuat berusaha dan sanggup melakukan dua kerja iaitu memandu lori di waktu siang dan membantu di gerai burger pada waktu malam.

Tanpa rasa penat, pekerjaan itu diteruskan demi tiga orang anak kecil termasuk seorang daripadanya anak autisme berusia empat tahun.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila majikan menyalahkan takdir lalu sebaik mengetahui dirinya seorang bekas banduan.

Bayangkan, dalam bulan Ramadan seorang bayi tidur dalam kereta selama empat malam selepas keluarganya tiada lagi tempat tinggal selepas tidak mampu membayar sewa.

Akhirnya, ketua keluarga ini memberanikan diri datang sendiri ke pejabat MAINS memohon bantuan.

Kadang-kadang kita tidak nampak. Di sebalik angka zakat yang dibayar, ada sebuah keluarga yang akhirnya mendapat tempat berteduh.

Kredit : Facebook MAINS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *