TAHNIAH ADIK FAKHRUL IMAN

PORT DICKSON – Video tular memaparkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Fakhrul Iman Zainudin, 18, bersama ayahnya, Zainudin Abdul Latif, 63, ketika mengambil keputusan mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Dua beranak itu dilihat mengalirkan air mata gembira dan berpelukan selepas melihat keputusan cemerlang Fakrul Iman yang memperoleh 11A+.

Fakrul Iman yang mesra disapa panggilan manja Ayoi dalam kalangan keluarga berkata, dia telah mendapat dua panggilan talefon dari agensi berkaitan yang menawarkan biasiswa.

Remaja itu yang merupakan tahfiz sejak di tingkatan 3 berjaya mendapat kesemua A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Prinsip Perakaunan, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran.

Malah, Fakrul Iman sempat berkongsi tips kejayaannya dengan sentiasa menjaga adab dengan guru selain belahar bersungguh-sungguh.

Kredit video @tvpss.smatkem

#nogoripost #spm #pelajarcemerlang #smatelokkemang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *