Parah terjatuh masa ambil buah atas Gunung Berembun

Seremban: Seorang lelaki parah selepas dikatakan terjatuh dari pokok ketika mengambil buah di Gunung Berembun, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Kanan, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.49 petang memaklumkan seorang pendaki tidak mampu untuk turun ke kaki gunung.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan bergegas ke lokasi sebelum tiba di lokasi jam 3.03 petang. Difahamkan mangsa berada kira-kira sejauh lima kilometer (km) dari Pos Pendaftaran Perhutanan.

“Maklumat awal daripada pemanggil, terdapat seorang mangsa lelaki berumur 45 tahun cedera di bahagian kepala dan kini berada di checkpoint berhampiran lata Gunung Berembun.

“Pasukan tiba di kaki gunung dan membuat size-up serta persediaan bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohammad berkata, pasukan penyelamat memulakan pendakian bagi operasi SAR dengan bantuan orang awam (pemanggil) pada jam 3.05 petang.

“Kami kemudiannya memohon tambahan bantuan dari Pasukan Khas Unit STORM bagi operasi menyelamat disebabkan
mangsa dimaklumkan cedera parah disebabkan terjatuh dari pokok.

“Pada jam 4.40 petang, seorang mangsa lelaki ditemui dengan kecederaaan di bahagian kepala, bahu kanan dan patah di kaki kiri.

“Mangsa diberikan rawatan awal daripada pasukan bomba dan operasi menurunkan mangsa ke kaki bukit (base camp) dijalankan,” katanya.

Jelasnya, Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.55 petang dan mangsa berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, seorang wanita dibawa turun dari Gunung Datuk, Kota, dekat Rembau selepas dikatakan mengalami kecederaan pada kaki, kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Mangsa yang berusia 32 tahun berjaya turun dalam operasi SAR yang tamat jam 5.28 petang. BBP Kota dengan bantuan BBP Rembau menjalankan ops SAR.

Gambar ihsan JBPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *