Tok Mad dicabar satu sama satu dengan Doktor PH

REMBAU : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berdepan cabaran satu lawan satu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada 1 Ogos ini.

Menteri Luar Negeri yang juga penyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 itu bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Azizul Hakim Mahdi.

DUN Paroi juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Calon PN, Kamarul Ridzuan Mohd. Zin yang mempertahankan kerusi DUN itu akan dicabar Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd. Shah daripada PH dan Mohd. Nazree Mohd. Yunus (Bersatu).

Sementara itu, calon BN, Datuk Zaifulbahri Idris akan dicabar Danish Nazran Murad (PH) untuk mempertahankan kerusi DUN Chembong.

DUN Kota pula, calon BN, Suhaimi Aini akan bertembung dengan Muhammad Allif Ibrahim (PH) dan Noradzmi Abd. Rahim (Bersatu) untuk kekal di kerusi DUN itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *