KUALA PILAH : Satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol berikutan banjir yang berlaku di Johol, di sini malam tadi.
Jurucakap Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Pilah berkata, setakat ini, seramai 38 mangsa daripada 17 keluarga telah berpindah ke PPS berkenaan.
“Mereka terdiri daripada penduduk Rumah Rakyat Kuala Johol dan Kampung Padang Jual, Johol, di sini.
“Penempatan penduduk tersebut mula dinaiki air pada pukul 8.15 malam tadi,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap JKM Kuala Pilah berkata, mangsa banjir terbabit terdiri 31 dewasa iaitu 13 lelaki dan 18 wanita serta 7 kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata, sebahagian mereka merupakan sembilan warga emas dan tiga orang kurang upaya (OKU).