Caj masuk Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Lengeng RM3 bermula Selasa ini

SEREMBAN: Pengunjung 11 Taman Eko Rimba (TER) di seluruh negeri ini akan mula dikenakan caj konservasi secara berperingkat mulai bulan depan.

Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Mohd. Yussainy Md. Yusop berkata, individu warganegara berusia 13 tahun ke atas dikenakan caj RM3 manakala RM6 pula bagi bukan warga negara.

Beliau berkata, kanak-kanak bawah 13 tahun, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) tempatan dikecualikan daripada caj konservasi berkenaan.

“Fasa pertama pelaksanaan caj konservasi melibatkan TER Eko Rimba Ulu Bendul dan Taman Eko Rimba Lenggeng mulai 1 September ini.

“TER Pasir Panjang, Batu Maloi, Gunung Datuk, Jeram Tengok dan Lata Kijang terlibat pada fasa kedua pada Oktober depan.

“Fasa ketiga pula melibatkan TER De’Bana, Serting Ulu, Gunung Tampin dan Jeram Toi pada bulan November,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yussainy berkata, kutipan caj konservasi bagi aktiviti riadah dan berkelah di TER seluruh Negeri Sembilan telah diluluskan kerajaan negeri pada tahun 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *