{"tiktok_developers_3p_anchor_params":"{"client_key":"aw889s25wozf8s7e","product":"vicut","source_type":"vicut","pictureId":"8F239EC6-53FA-4B0A-9D09-129D9AD23C9A","capability_name":"capcut_photo_editor","editType":"image_edit","region":"MY","enterFrom":"new_image","appVersion":"18.8.0","source_platform":"mobile_1","os":"ios"}","source_type":"vicut","data":{"appVersion":"18.8.0","source_type":"vicut","source_platform":"mobile_1","os":"ios","capability_name":"capcut_photo_editor","editType":"image_edit","enterFrom":"new_image","client_key":"aw889s25wozf8s7e","pictureId":"8F239EC6-53FA-4B0A-9D09-129D9AD23C9A","product":"vicut","region":"MY"}}
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Mengundi di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini pada pukul 8.33 pagi tadi.
Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berpakaian baju kameja merah sempat bertemu calon PH DUN Sikamat, Nor Azman Mohamad yang juga Setiausaha Politiknya.
Pengerusi PH Negeri Sembilan itu dilihat beratur dan menunggu gilian di Saluran 2 Pusat Pembuangan Undi sambil beramah mesra dengan orang ramai
“Assalamualaikum semua, apa khabar? Alhamdulillah, saya ceria pagi ini, ya pakai baju merah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau menaruh keyakinan PH akan melepasi 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 berdasarkan semakan di jentera semua kerusi yang ditandingi gabungan itu.
Malah, kata beliau analisa dan rumusan pilihan raya yang dibuat pelbagai pihak di saat akhir tempoh berkempen tidak menganggu keyakinan PH untuk terus mentadbir Negeri Sembilan.
“Kami mesti yakin melepasi 19 kerusi ,InshaAllah saya yakin sehingga saat akhir malam tadi saya semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan saya rasa jentera tidak rasa down (lemah) walaupun macam-macam spekulasi,
“Itu biasalah analisis yang dibuat hanya di atas meja dia tidak turun ke bawah, saya yakin masih melepasi 19 kerusi,” katanya.
Aminuddin selesai mengundi pada pukul 8.49 pagi dan selepas ini beliau akan membuat lawatan di beberapa buah pusat mengundi sekitar Linggi.
DUN Sikamat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nor Azman, Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah (PN) dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu).
Pada PRN 2023, Aminuddin berjaya mempertahankan DUN Sikamat yang disandangnya sejak 2015 dengan majoriti 2,662 undi selepas meraih 12,730 undi, mengatasi calon PN dan dua calon Bebas.
