Pelancaran Inisiatif MYFutureJobs AI Platform

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan Majlis Pelancaran Inisiatif MYFutureJobs AI Platform di D’Tempat Country Club, Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.

Datuk Seri R. Ramanan berkata sejak 2020 seramai 145,625 pencari kerja mendaftar di portal MYFutureJobs, manakala 45,535 penempatan pekerjaan direkodkan menerusi inisiatif padanan kerja komprehensif bersama majikan di seluruh Negeri Sembilan.

Dalam tempoh Januari hingga bulan ini sahaja, 20,900 kekosongan jawatan diiklankan melalui portal berkenaan, ditambah 4,486 majikan yang menggunakan platform ini sejak 2020.

Mengenai penganjuran karnival ini, pencari kerja berpeluang menerokai 2,000 kekosongan jawatan daripada 40 majikan pelbagai sektor industri dari peringkat pengurusan dan profesional mahupun pelatih industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *