Fitnah: JAS nafi dakwaan Negeri Sembilan negeri ketiga terkotor

SEREMBAN : Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan menyiarkan infografik Ranking Kebersihan Negeri Malaysia 2024 yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Infografik itu mendakwa kononnya Negeri Sembilan merupakan negeri ketiga paling kotor di negara ini dengan indeks kebersihan cuma 46.3.

Johor yang sedang berada dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pula didakwa negeri terkotor diikuti jirannya, Melaka.

Infografik sama juga mendakwa kononnya Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan berada dalam kedudukan empat negeri teratas paling bersih di negara ini.

Jurucakap JAS menegaskan tidak pernah membuat penarafan kebersihan antara negeri seperti didakwa dalam infografik berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai apatah lagi menyebar atau berkongsi maklumat palsu berkenaan.

“Penyalahgunaan nama, logo dan identiti korporat JAS untuk penyiaran maklumat palsu amat dipandang serius dan tindakan undang-undang boleh diambil.

“Sebarang hebahan JAS hanya menerusi akaun media sosial rasmi kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *