1
1
SEREMBAN: Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar berkata, penutupan berkenaan bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.

“Program berkenaan akan diadakan pada 6 Mei 2026 (Rabu) bertempat di tapak parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bagi melancarkan program ini, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban
ingin memaklumkan kepada orang ramai berkenaan penutupan jalan yang akan
dilaksanakan di sekitar kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, penutupan akan dibuat bermula jam 7 malam esok membabitkan Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya dan Lorong Kedidi 1, 2, 3, 4, 5 serta 7.
“Pengguna jalan raya terutama penduduk di Taman Perumahan Lorong Kedidi 1
hingga Lorong Kedidi 7 dinasihatkan untuk melalui Jalan Persiaran Merak dan juga Jalan Tok Dagang sebagai laluan alternatif.
“Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak polis yang bertugas. Sebarang
pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Seremban di talian 06-6033477 /06-6014999,” katanya.
Antara individu yang dijangka hadir pada ceramah berkenaan adalah Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Nama lain yang dijangka hadir adalah Ketua Wanita PH, Datuk Aiman Athirah Sabu; Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk M K Ibrahim Abd Rahman.