nor
PORT DICKSON: Prelude Pesta Port Dickson di Batu 1, dibanjiri ribuan pengunjung sambil menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di samping persembahan konsert yang menghiburkan.
Acara ini dianjurkan sebagai acara pemula (prelude) sebelum acara kemuncak utama Pesta Port Dickson 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember nanti.
Pelbagai himpunan syurga makanan dan minuman oleh vendor-vendor terkenal tempatan yang popular di media sosial antara menu-manu yang dibawa termasuklah Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit, Kunafa Aiwahhh, Swettenham The President, Shawarma, Tanghulu, dan Durian Crepe.
Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan AK Events, serta mendapat sokongan penuh daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (Tourism Negeri Sembilan) dalam usaha merancakkan kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026).
Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, dan turut meluangkan masa melawat tapak pameran dan jualan.









