Popular Posts

KANAK-KANAK 12 TAHUN MAUT LEMAS KETIKA MEMANCING

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah ketika memancing, kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 petang sebelum anggota dari BBP Senawang dan BBP Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi.

Mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.49 petang, namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *