DI MANAKAH NORIZAN?

JEMPOL : Seorang wanita, Norizan Yahya berusia 51 tahun dipercayai hilang dan gagal dihubungi keluarga selepas keluar ke Seremban untuk mencari kerja.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, wanita itu kali terakhir berhubung dengan kakaknya pada pukul 4.44 petang semalam sebelum tidak dapat lagi dihubungi.

“Kali terakhir Norizan yang beralamat di Kampung Indah, Bahau dilihat adalah pada pukul 7.30 pagi semalam (4 April 2026) dan dia memberitahu kakaknya untuk keluar bersenam di Taman Tasik Bahau. 

“Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Norizan dengan ciri fizikal tinggi 150 sentimeter dan berat 70 kilogram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norhisham berkata, pakaian terakhir yang dipakai mangsa ialah baju blaus warna ungu, seluar hitam, bertudung hijau muda serta membawa bag berwarna coklat “eco shop”.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Bahau di talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Annas Fikri Othman di talian 013-6219196.

#nogoripost #oranghilang #bahau #seremban #norizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *