SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menyangkal dakwaan kononnya barisan Exco baharu telah dikemukakan sekali gus mengakhiri krisis pentadbiran kerajaan negeri yang sedang berlaku pada masa ini.
Sebaliknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh tersebut menegaskan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan buat masa ini kekal tanpa Exco sehinggalah mahkamah memutuskan penyelesaiannya.
“Setakat ini belum lagi dan tidak bercadang (lantik Exco baharu). Kita sudah bawa ke mahkamah, tunggu keputusan,” katanya sewaktu menyantuni mangsa kebakaran di Ampangan, di sini hari ini.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan pada 20 September lalu.
Keputusan itu bagaimanapun dicabar oleh kesemua Exco berkenaan di Mahkamah Persekutuan.
Dalam perkembangan sama, Ismail juga
menafikan dakwaan kononnya beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Itu khabar angin yang sengaja dimainkan pihak tertentu di media sosial,” katanya.