SEREMBAN : Warga bandar raya Seremban masih berpeluang untuk melangsaikan kompaun Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang menawarkan pemotongan maksimum 70 peratus sehingga pukul 11.59 malam ini.
Tawaran diskaun sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu akan berakhir hari ini.
Ia meliputi diskaun 70 peratus buat kompaun tempat letak kenderaan dan pelbagai kesalahan terpilih lain.
Diskaun 20 peratus pula diberikan bagi kompaun melibatkan kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.
Pembayaran kompaun berkenaan boleh dilakukan secara fizikal di kaunter pembayaran MBS atau secara dalam talian.