SEREMBAN: Jabatan Peguam Negara menyangkal keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan mengantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Jurucakap jabatan tersebut berkata, MMKN tidak mempunyai punca kuasa untuk melakukan penggantungan tersebut.
“Perkara berkaitan pelantikan termasuk penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
“Ia termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jurucakap Jabatan Peguam Negara berkata, Penasihat Undang Undang Negeri baharu pula perlu
dalam kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Beliau berkata ia termaktub dalam Perkara 37 UUTKNS.
Sebelum ini, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim dan Datuk Muzalmah Mustapha Kamal digantung tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat khas MMKN hari ini.