SEREMBAN: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyelesaikan pertembungan kerajaan negeri dengan Istana.
Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Ismail secara terbuka telah menolak titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawer dalam pemecatan barisan Exco negeri.
Beliau berkata, tindakan Ismail daripada UMNO yang didakwa telah menganggu gugat kedudukan Tuanku Muhriz bertentangan dengan kehendak rakyat Negeri Sembilan.
“Amanah berpendirian UMNO gagal untuk menghormati kedudukan institusi diraja Melayu.
“Justeru, Menteri Besar Negeri Sembilan (Ismail) didesak untuk memohon pembubaran DUN Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Faiz berkata, pertembungan antara kuasa eksekutif dan Istana yang didakwa sedang berlaku kini bertentangan dengan roh dan prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Beliau berkata, pergolakan politik tersebut dikhuatiri boleh menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.
jika terus dibiarkanm
Kesemua sembilan calon dipertaruhkan Amanah mewakili Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos lalu.