Skuad Jang sambar Kancil

SEREMBAN: Jentera tengah pasukan bola sepak Negeri Sembilan akan diperkuatkan lagi apabila Skuad Hobin Jang Hobin menyambar pemain dari JDT II, Alif Mutalib.

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) menerusi laman Facebook membuat pengumuman mengenai perpindahan pemain yang berusia 24 tahun itu.

“Dari Alor Star ke Tanah Beradat! Negeri Sembilan FC dengan ini mengumumkan ketibaan pemain sayap kanan berusia 24 tahun, Alif Mutalib.

“Lebih mesra dipanggil ‘Kancil’, produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pernah menabur bakti bersama JDT III dan JDT II ini sudah bersedia untuk mempamerkan aksi lincahnya bersama Skuad Jang,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, Alif juga pernah mewakili pasukan kebangsaan B-16, B-19 dan B-23 tahun.

“Kancil bukan sahaja lincah di sayap kanan, malah beliau merupakan pemain versatil yang turut mampu beraksi cemerlang di posisi bek sayap kanan dan sayap kiri.

“Kelincahan dan fleksibiliti beliau di atas padang pastinya akan menambah fleksibiliti formasi,” katanya.

Gambar kredit NSFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *