
NEGERI SEMBILAN : Suasana mengambarkan fenomena serakan cahaya ( Rayleigh scattering ) yang berlaku ketika jerebu tebal melanda apabila udara dipenuhi dengan zarah-zarah halus seperti debu, asap, dan abu, gelombang cahaya biru yang lebih pendek akan berselerak ke seluruh arah, manakala gelombang cahaya merah dan kuning yang lebih panjang berjaya menembusi lapisan jerebu tersebut mengakibatkan matahari kelihatan pudar dan langit bertukar menjadi warna kekuningan, oren, atau kemerahan.

Memandangkan situasi jerebu pada masa ini berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan apabila kita terdedah lebih lama dan berisiko lebih-lebih lagi pada golongan kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, serta individu yang mempunyai penyakit kronik.

Aktiviti pembakaran terbuka mesti dielakkan sepenuhnya ketika jerebu bagi mengelakkan kualiti udara daripada bertambah buruk.
Penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti pakai pelitup muka apabila perlu berada di luar, minum air yang mencukupi.
